PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi pada Selasa (5 Mac).
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Wisma Putra berkata beliau akan diiringi oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Luar.
"Mesyuarat Tergempar ini akan disertai oleh Menteri-menteri Luar Negeri dan wakil daripada Negara-negara Anggota OIC.
"Mesyuarat Tergempar ini diadakan melihat kepada keganasan berterusan oleh Israel di Semenanjung Gaza, termasuk serangan di Rafah," kata Wisma Putra.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat berkenaan juga akan membincangkan pelaksanaan perkara-perkara yang telah dipersetujui semasa Sidang Kemuncak Bersama Liga Arab dan OIC pada Nov 2023.
Semasa sesi itu Mohamad akan membangkitkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Malaysia dalam mempertahankan hak rakyat Palestin.
"Beliau juga akan menjelaskan pendirian dan sokongan Malaysia kepada OIC dalam mencari jalan penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel," menurut kenyataan itu.
Wisma Putra berkata sebagai sebuah negara pengasas OIC, Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, dan Palestin diterima sebagai Anggota penuh PBB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Semasa sesi itu Mohamad akan membangkitkan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Malaysia dalam mempertahankan hak rakyat Palestin. - Gambar Bernama
Jumlah jawatan bagi ST12024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
57 maut, 22 masih hilang akibat banjir lava sejuk di Sumatra Barat
Pegawai kanan agensi bencana tempatan pada petang Selasa memaklumkan, banjir pada malam Sabtu itu memusnahkan bangunan, jalan raya dan kemudahan lain di Kabupaten Tanah Datar, Agam dan Pariaman, serta bandar Padang Panjang.
Rogol kanak-kanak, jurukimpal dipenjara enam tahun, satu sebatan
Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.
Mengimbangi aspirasi belia berkemahiran tinggi dan rendah
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Rabu membincangkan berkenaan topik kadar pengangguran yang menurun, namun kadar guna tenaga penuh masih lagi rendah.
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti secara langsung sidang media mingguan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi bantuan yang diperlukan oleh atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias berikuan kecederaan parah akibat dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada Sabtu.
ASP antara lima polis didakwa rompak wanita warga China RM140,000
Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China.
Pengurup wang didakwa bunuh lelaki
Seorang pengurup wang didakwa datas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Nilai ringgit menyusut bukan isu kepada pelabur - PM Anwar
Malah jelasnya, mereka memandang kepada isu-isu berkaitan asas ekonomi lain seperti inflasi, pasaran saham dan pengangguran.
Nasib Australia terletak pada Asia Tenggara - PM Anthony Albanese
Australia komited untuk bekerjasama dengan pemimpin ASEAN, kerana nasib negara mereka terletak pada Asia Tenggara.
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia: Malaysia gariskan lima bidang tumpuan untuk diperkukuhkan
Bagi memperkukuhkan hubungan akrab ASEAN-Australia, Malaysia menggariskan lima bidang tumpuan untuk diperluaskan.
Timbalan Menteri Luar ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar OIC di Jeddah
Mohamad Alamin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi pada Selasa (5 Mac).
Malaysia gesa masyarakat dunia hormat sesama kaum, agama
Beliau turut menjadikan Australia sebagai contoh negara yang menghormati komuniti minoriti Islam dalam kalangan masyarakatnya.
Kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam sektor pekerjaan masih jauh ketinggalan berbanding lelaki
Kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam sektor pekerjaan di negara ini masih jauh ketinggalan berbanding tenaga buruh lelaki.
Malaysia gesa NAM gandakan usaha henti kekejaman Israel - Mohamad
Beliau juga menyatakan sokongan Malaysia bagi penganjuran persidangan antarabangsa diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan negara Palestin yang merdeka.
Malaysia galakkan penerusan kerjasama ASEAN-Jepun bagi tingkatkan standard keselamatan siber - PM Anwar
Malaysia menggalakkan penerusan kepada kerjasama ASEAN-Jepun, untuk meningkatkan lagi standard keselamatan siber di rantau Asia Tenggara.
PM Thailand Srettha akan hadir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun
Sidang kemuncak itu akan membincangkan langkah kehadapan dalam memajukan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Jepun.